Senin, 21 Desember 2015

Tarikh kelahiran nabi

Benarkah Tarikh Kelahiran Nabi ( Maulid Nabi )
Pada Tarikh 12 Rabiul Awwal Itu Palsu Dan Tidak
Tepat?
Masyarakat mulai memperkatakan tentang tarikh
sebenar Maulid Nabi dan sesetengahnya berkata
bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal yang disambut
oleh majoriti umat Islam itu palsu malah tidak
tepat. Adakah benar kenyataan itu?
Mari kita lihat perbahasan dibawah ini.
Hari Lahir Nabi
Para Ulama' dah ilmuwan bersepakat bahawa
Rasulullah saw dilahirkan pada Hari Isnin
sebagaimana dalam hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Berkenaan Tahun Kelahiran Rasulullah saw pula
telah dijelaskan dalam banyak hadis diantaranya:
ﻭَﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋَﺒَّﺎﺱٍ ﻗَﺎﻝَ : ﻭُﻟِﺪَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻋَﺎﻡَ ﺍﻟْﻔِﻴْﻞِ . ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺰﺍﺭ ﻭﺍﻟﻄﺒﺮﺍﻧﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻜﺒﻴﺮ
ﻭﺭﺟﺎﻟﻪ ﻣﻮﺛﻘﻮﻥ ‏( ﻣﺠﻤﻊ ﺍﻟﺰﻭﺍﺋﺪ ﻭﻣﻨﺒﻊ ﺍﻟﻔﻮﺍﺋﺪ . ﻣﺤﻘﻖ -
ﺝ 1 / ﺹ 242 )
“Ibnu Abbas berkata: Rasulullah dilahirkan di
tahun gajah” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-
Bazzar dan At-Thobroni dan para perawinya
adalah dipercayai.
Dalam riwayat lain juga ditegaskan bahawa Qais
bin Makhzamah memiliki persamaan tahun
kelahiran dengan Rasulullah di tahun Gajah
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan dinilai hasan
oleh Syuaib al-Arnauth)
Tarikh Kelahiran Nabi
Imam Nawawi berkata:
ﻭَﺍﺧْﺘَﻠَﻔُﻮﺍ ﻓِﻲ ﻳَﻮْﻡ ﺍﻟْﻮِﻟَﺎﺩَﺓ ﻫَﻞْ ﻫُﻮَ ﺛَﺎﻧِﻲ ﺍﻟﺸَّﻬْﺮ ، ﺃَﻡْ ﺛَﺎﻣِﻨﻪ
، ﺃَﻡْ ﻋَﺎﺷِﺮﻩ ، ﺃَﻡْ ﺛَﺎﻧِﻲ ﻋَﺸَﺮﻩ ؟ ‏( ﺷﺮﺡ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﻋﻠﻰ ﻣﺴﻠﻢ
- ﺝ 8 / ﺹ 66 )
“Ulama berbeza pendapat tentang hari
kelahirannya, adakah hari 2 bulan Rabiul Awal, ke
8, ke 10 ataukah ke 12 ? (Syarah Sahih Muslim
8/66)
Dalil-Dalil Yang Kuat Rasulullah saw Lahir Pada
12 Rabiul Awal
- Hadis Riwayat Imam Baihaqi:
ﻋَﻦْ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ ﺑْﻦِ ﺇِﺳْﺤَﺎﻕَ ﻗَﺎﻝَ : ﻭُﻟِﺪَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻟِﺎﺛْﻨَﺘَﻲْ ﻋَﺸْﺮَﺓَ ﻟَﻴْﻠَﺔً ﻣَﻀَﺖْ ﻣِﻦْ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﺑِﻴْﻊِ
ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟْﺒَﻴْﻬَﻘِﻲ ﺭَﺣِﻤَﻪُ ﺍﻟﻠﻪُ : ﻭَﺭَﻭَﻳْﻨَﺎ ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋَﺒَّﺎﺱٍ
ﺛُﻢَّ ﻋَﻦْ ﻗَﻴْﺲِ ﺑْﻦِ ﻣَﺨْﺰَﻣَﺔَ ﺛُﻢَّ ﻋَﻦْ ﻗﺒُﺎَﺙَ ﺑْﻦِ ﺃَﺷِﻴْﻢٍ ﺃَﻥَّ
ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻭُﻟِﺪَ ﻋَﺎﻡَ ﺍﻟْﻔِﻴْﻞِ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﺰُّﻫْﺮِﻱ
ﻭَﻣَﻦْ ﺗَﺎﺑَﻌَﻪُ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ ﻭُﻟِﺪَ ﺑَﻌْﺪَﻩُ ﻭَﺍﻟْﺄَﻭَّﻝُ ﺃَﺻَﺢُّ ‏( ﺷﻌﺐ
ﺍﻹﻳﻤﺎﻥ - ﺝ 2 / ﺹ 134 )
Muhammad bin Ishaq berkata: “Rasulullah
dilahirkan pada 12 malam bulan Rabiul Awal”. Al-
Baihaqi berkata: “Kami meriwayatkan dari Ibnu
Abbas kemudian dari Qais bin Makhzamah
kemudian dari Qubats bin Asyim bahawa Nabi
dilahirkan pada tahun Gajah. Al-Zuhri dan yang
mengikutinya mengatakan bahawa dilahirkan
sesudah tahun Gajah. Pendapat pertama lebih
sahih (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dalam Syuab
al-Iman)
- Riwayat Ibnu Abi Syaibah
ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮْ ﺑَﻜْﺮِ ﺑْﻦِ ﺃَﺑِﻲ ﺷَﻴْﺒَﺔَ : ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋُﺜْﻤَﺎﻥُ ﻋَﻦْ ﺳَﻌِﻴْﺪِ ﺑْﻦِ
ﻣَﻴْﻨَﺎﺀَ ﻋَﻦْ ﺟَﺎﺑِﺮٍ ﻭَﺍﺑْﻦِ ﻋَﺒَّﺎﺱٍ ﻗَﺎﻟَﺎ : ﻭُﻟِﺪَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ
ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻋَﺎﻡَ ﺍﻟْﻔِﻴْﻞِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺎِﺛْﻨَﻴْﻦِ ﺍﻟﺜَّﺎﻧِﻲَ ﻋَﺸَﺮَ ﻣِﻦْ
ﺭَﺑِﻴْﻊِ ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ ﻭَﻓِﻴْﻪِ ﺑُﻌِﺚَ ﻭَﻓِﻴْﻪِ ﻋُﺮِﺝَ ﺑِﻪِ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻭَﻓِﻴْﻪِ
ﻫَﺎﺟَﺮَ ﻭَﻓِﻴْﻪِ ﻣَﺎﺕَ ﻓِﻴْﻪِ ﺍﻧْﻘِﻄَﺎﻉٌ ﻭَﻗَﺪِ ﺍﺧْﺘَﺎﺭَﻩُ ﺍﻟْﺤَﺎﻓِﻆُ ﻋَﺒْﺪُ
ﺍﻟْﻐَﻨِﻰ ﺑْﻦُ ﺳُﺮُﻭْﺭٍ ﺍﻟْﻤَﻘْﺪِﺳِﻲ ﻓِﻲ ﺳِﻴْﺮَﺗِﻪِ ‏(ﺳﻴﺮﺓ ﺍﺑﻦ ﻛﺜﻴﺮ -
ﺝ 2 / ﺹ 93 )
“Jabir dan Ibnu Abbas berkata: “Nabi dilahirkan
pada tahun Gajah, hari Isnin 12 Rabiul Awal. Di
hari Isnin beliau diangkat menjadi Nabi,
melakukan Mi’raj ke langit, berhijrah ke Madinah
dan hari Isnin beliau wafat”
Sanadnya terputus dan dipilih oleh al-Hafiz Abd
al-Ghani bin Surur al-Maqdisi dalam kitab
sejarahnya” (Sirah Ibni Katsir, 2/93). Riwayat ini
juga dapat dilihat dalam al-Bidayah wa Nihayah
Ibnu Katsir.
- Ahli Hadis al-Munawi
( ﺗﻨﺒﻴﻪ ‏) ﺍﻟْﺄَﺻَﺢُّ ﺃَﻧَّﻪُ ﻭُﻟِﺪَ ﺑِﻤَﻜَّﺔَ ﺑِﺎﻟﺸُّﻌَﺐِ ﺑِﻌِﻴْﺪِ ﻓَﺠْﺮِ ﺍﻟْﺎِﺛْﻨَﻴْﻦِ
ﺛَﺎﻧِﻲَ ﻋَﺸَﺮَ ﺭَﺑِﻴْﻊَ ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ ﻋَﺎﻡَ ﺍﻟْﻔِﻴْﻞِ ‏(ﻓﻴﺾ ﺍﻟﻘﺪﻳﺮ - ﺝ 3 /
ﺹ 768 )
“Pendapat yang lebih sahih bahawa Nabi
dilahirkan di Kabilah Quraisy pada fajar hari Isnin,
12 Rabiul Awal tahun Gajah” (Faidh al-Qadir
3/768)
- Syaikh Abdullah al-Faqih
ﻭَﺃَﻛْﺜَﺮُ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺴِّﻴَﺮِ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻧَّﻪُ ﻭُﻟِﺪَ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟﺜَّﺎﻧِﻲَ ﻋَﺸَﺮَ ﻣِﻦْ ﺭَﺑِﻴْﻊِ
ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ ﻋَﺎﻡَ ﺍﻟْﻔِﻴْﻞِ، ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﺤَﺎﺩِﺛَﺔِ ﺑِﺨَﻤْﺴِﻴْﻦَ ﻳَﻮْﻣﺎً ‏( ﻓﺘﺎﻭﻯ
ﺍﻟﺸﺒﻜﺔ ﺍﻹﺳﻼﻣﻴﺔ - ﺝ 44 / ﺹ 50 )
“Kebanyakan ahli sejarah bahawa Nabi dilahirkan
pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, setelah 50
hari dari peristiwa tersebut” (Fatawa al-Syabkah
al-Islamiyah, 44/50)
ﻓَﺎﻟْﻤَﺸْﻬُﻮْﺭُ ﻓِﻲ ﻛُﺘُﺐِ ﺍﻟﺴِّﻴْﺮَﺓِ ﺍﻟﻨَّﺒَﻮِﻳَّﺔِ ﺃَﻥَّ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻭُﻟِﺪَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺜَّﺎﻧِﻲَ ﻋَﺸَﺮَ ﻣِﻦْ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﺑِﻴْﻊِ ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ
ﻋَﺎﻡَ ﺍﻟْﻔِﻴْﻞِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺎِﺛْﻨَﻴْﻦِ ‏( ﻓﺘﺎﻭﻯ ﺍﻟﺸﺒﻜﺔ ﺍﻹﺳﻼﻣﻴﺔ - ﺝ
126 / ﺹ 120 )
“Pendapat yang masyhur dalam kitab-kitab
sejarah kenabian bahawa Nabi dilahirkan pada 12
Rabiul Awal, tahun Gajah” (Fatawa al-Syabkah al-
Islamiyah, 126/120)
Marilah semua umat Islam kita bersama-sama
menyambut Sambutan Maulidur Rasul tanpa
ragu-ragu atau bimbang dengan persoalan-perso
alan yang sudah lama dibahaskan oleh para
Ulama' terdahulu dan semoga kita tergolong
dalam golongan yang mencintai Rasulullah saw.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar