Selasa, 05 Desember 2017

Tanda-tanda Allah SWT Benci atau Sayang Kepada Hambanya

Allah berfirman mafhumnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad),
jikalau engkau semua mencintai
Allah, maka ikutilah aku, tentu
engkau semua dicintai oleh Allah,
serta Allah mengampuni dosamu
semua dan Allah itu adalah Maha
Pengampun lagi Penyayang,” [Surah
Aali-lmran : 31]
Apa lagi yang lebih berharga dan
lebih penting dari mendapat CINTA
dari Allah S.w.t Pencipta sekalian
makhluk. Jika sudah mendapat cinta
Allah, maka insyaAllah akan
berbahagialah hidup di dunia dan
juga di akhirat.
Di antara tanda-tanda Allah cinta
pada hambaNya;
1 – Faham agama: Rasulullah S.a.w
bersabda, maksudnya : “Apabila
Allah mencintai seseorang maka Dia
membuatnya faham mengenai
agamanya.” [Hadits Riwayat al-
Bukhari dan Muslim]
“……. Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara
kamu, dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan agama (dari
kalangan kamu) beberapa darjat,
dan (ingatlah), Allah Maha
Mendalam PengetahuanNya tentang
apa yang kamu lakukan.” [Surah Al-
Mujadilah : ayat 11]
2 – Sabar dan redha dengan ujian-
ujian dari Allah : “Dan sungguh akan
Kami berikan ujian kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan. Dan berikanlah berita
gembira kepada orang-orang yang
sabar, (iaitu) orang-orang yang
apabila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan, “Innaa lillaahi wa
innaa ilaihir raaji`uun” Mereka itulah
yang mendapat keberkatan yang
sempurna dan rahmat dari Tuhan
mereka, dan mereka itulah orang-
orang yang mendapat
petunjuk.” [Surah Al-Baqarah :
155-157]
“Sesungguhnya besarnya pahala
sebanding dengan besarnya ujian.
Dan sesungguhnya jika
Allah mencintai suatu kaum pasti
Dia menguji mereka. Maka siapa
yang redha (terhadapnya) maka
baginya keredhaan Allah, dan siapa
yang marah (terhadapnya) maka
baginya kemurkaan Allah.” [Hadits
Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
“Tidaklah seorang mukmin dan
mukminah tertimpa musibah pada
dirinya, anaknya dan hartanya
sehingga dia berjumpa Allah Ta’ala
tidak membawa satu kesalahan
pun.” [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi.
Beliau berkata: hadits hasan
shahih] [1]
“Kalau Allah menghendaki kebaikan
kepada hambaNya, maka akan
disegerakan hukumannya di dunia ,
kalau mengkehendaki kepada
hambaNya keburukan, maka ditahan
(siksanya) kerana dosanya sampai
penuh nanti di hari kiamat.”
[Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
Oleh itu antara tanda Allah
mencintai seorang hamba juga ialah
Dia uji hamba itu dengan pelbagai
ujian. Maka jika hamba itu bersabar
dan redha, itulah tandanya Allah
cintakan hamba tersebut.
Dan ketahuilah, para rasul dan nabi
lah yang paling berat menerima
ujian dan musibah dari Allah S.w.t.
Kerana itulah darjat mereka tinggi,
dan menjadi teladan kepada seluruh
manusia dalam menempuh
kehidupan yang serba mencabar ini.
3 – Cinta mencintai kerana Allah :
“Allah s.w.t berfirman, “pasti akan
mendapat cinta-Ku orang-orang
yang cinta-mencintai kerana Aku,
saling kunjung mengunjungi kerana
Aku dan saling memberi kerana
Aku.” [Hadits Qudsi]
Semoga kita tidak menjadi orang
yang cintakan manusia lain kerana
nafsu syahwat, harta-benda dan
keduniaan semata-mata. Cinta yang
paling utama ialah cinta kepada
Allah S.w.t, kemudian kepada
Rasulullah S.a.w, ibu bapa dan
barulah manusia-manusia lain.
4 – Berakhir hidup dengan husnul
khatimah : Rasulullah S.a.w
bersabda: “Jika Allah mencintai
seorang hamba, Dia akan
memaniskannya.”
Sahabat bertanya: “Apa itu
memaniskannya ya Rasulullah?”
Baginda berkata: “Dia akan
memberinya petunjuk untuk
melakukan kebaikan ketika
menjelang ajalnya, sehingga
tetangga akan meredhainya (atau ia
berkata) orang sekelilingnya.” [Hadits
Riwayat Al-Hakim]
5 – Sentiasa berzikir pada Allah :
Diriwayatkan bahawa Nabi Musa
‘Alaihi salam pernah berkata, ”
Wahai Rabb Ku Yang Maha Mulia,
Bagaimana aku dapat membezakan
antara orang yang ENGKAU CINTAI
dengan orang yang ENGKAU BENCI?”
Allah Subhanahu wa ta’ala
berfirman: “Wahai Musa,
Sesungguhnya jika Aku mencintai
seorang hamba, maka Aku akan
menjadikan dua tanda kepadanya”
Nabi Musa bertanya, “Wahai Rabb,
apa kedua tanda itu?”
Allah S.w.t berfirman: “Aku akan
mengilhamkannya agar dia berdzikir
kepada Ku, agar aku dapat
menyebutnya di kerajaan langit dan
Aku akan menahannya dari lautan
murka Ku, agar dia tidak terjerumus
dalam azab dan siksaKu.”
Tanda-tanda Allah benci pada
hambaNya
1 – Lupa dan malas berzikir pada
Allah : “Wahai Musa, jika Aku
membenci seorang hamba, Aku
jadikan juga dua tanda kepadanya”
Nabi Musa Alaihisalam : “Wahai
RabbKu, apa kedua tanda itu?”
Allah S.w.t berfirman : “Aku akan
melupakannyar berdzikir kepada Ku,
Aku akan melepaskan ikatan antara
dirinya dan jiwanya, agar dia
terjerumus dalam lautan Murka Ku
dan merasakan azab pedihKu.” [2]
2 – Syirik kepada Allah
S.w.t : “Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampuni dosa syirik dan
Dia mengampuni segala dosa yang
selain dari (syirik) itu bagi siapa
yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa
yang mempersekutukan Allah maka
sungguh dia telah berbuat dosa
yang besar.” [Surah An Nisa’ : 48]
3 – Hidup senang-lenang tanpa
mendapat ujian berat yang
membolehkannya menginsafi diri
dan takut pada Allah.
“Kalau Allah menghendaki kebaikan
kepada hambaNya, maka akan
disegerakan hukumannya di
dunia, kalau mengkehendaki
kepada hambaNya keburukan,
maka ditahan (siksanya) kerana
dosanya sampai penuh nanti di hari
kiamat.”  [Hadits Riwayat Tirmizi,
2396]
4 – Banyak melakukan maksiat dan
kerosakan , terutamanya maksiat dan
perkara-perkara mungkar yang
terang-terang tanpa malu dan
segan.
“Allah tidak suka perbuatan orang
yang melakukan kerosakan dalam
masyarakat.” [Surah Al Baqarah :
ayat 205]
“Allah tidak suka para pengkhianat
yang banyak berbuat dosa.” [Surah
An Nisaa’ : ayat 107]
“……. dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka dia tidak
akan beroleh sesiapa pun yang
dapat memuliakannya, sesungguhnya
Allah tetap melakukan apa yang
dirancangkanNya.” [Surah al-Hajj :
ayat 18]
5 – Cinta kepada dunia dan hawa
nafsu lebih daripada cinta kepada
Allah dan RasulNya.
“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-
anak, saudara-saudara, isteri-isteri
kaum keluargamu, harta kekayaan
yang kamu usahakan, perniagaan
yang kamu khuatiri kerugiannya, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang
kamu sukai, adalah lebih kamu
cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan (daripada) berjihad di jalan-Nya,
maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya. Dan
Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang
fasiq.” [Suraah At Taubah : Ayat 24]
“Tidak (sempurna) iman seorang
daripada kamu sehingga aku
(Muhammad) lebih disayangi
daripada hartanya, anaknya dan
orang lain.” [Hadits riwayat Bukhari]
“Tidakkah kamu lihat (wahai
Muhammad) orang yang menjadikan
tuhannya ialah hawa nafsunya, dan
Allah sesatkan dirinya padahal dia
berilmu…” [Surah Al Jatsiyah : ayat
23]
6 – Orang yang sombong
(takabbur) . “……. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang
yang sombong takabbur dan
membangga-banggakan diri.” [Surah
An-Nisaa’ : ayat 36]
“Dan janganlah kamu memalingkan
mukamu dari manusia (kerana
sombong) dan janganlah kamu
berjalan di muka bumi dengan
angkuh, sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong
lagi membanggakan diri.” [Surah
Luqman : ayat 18]
“Mahukah kamu aku beritahu
tentang penduduk neraka? Mereka
semua adalah orang-orang keras lagi
kasar, tamak lagi rakus, dan
takabbur (sombong).” [HR Bukhari
no. 4918 dan Muslim no. 2853]
“Tidak akan masuk syurga seseorang
yang di dalam hatinya terdapat
kesombongan sebesar biji sawi.” Ada
seseorang yang bertanya,
“Bagaimana dengan seorang yang
suka memakai baju dan selipar yang
bagus?” Beliau S.a.w menjawab,
“Sesungguhnya Allah itu indah dan
menyukai keindahan. Sombong
adalah menolak kebenaran dan
merendah-rendahkan orang
lain.” [HR Muslim no. 91]
Imam Adz-Dzahabi rahimahullahu
berkata, “Kesombongan yang paling
buruk adalah orang yang
menyombongkan diri di hadapan
manusia dengan ilmunya, merasa
dirinya besar dengan kemuliaan
yang dia miliki. Bagi orang tersebut
tidak bermanfaat ilmunya untuk
dirinya. Barangsiapa yang menuntut
ilmu demi akhirat maka ilmunya itu
akan menimbulkan hati yang khusyu’
serta jiwa yang tenang. Dia akan
terus mengawasi dirinya dan tidak
bosan untuk terus memerhatikannya,
bahkan setiap saat dia selalu
introspeksi dan meluruskannya.
Apabila dia lalai dari hal itu, dia
akan menyimpang dari jalan yang
lurus dan akan binasa. Barangsiapa
yang menuntut ilmu untuk
membanggakan diri dan meraih
kedudukan, memandang remeh kaum
muslimin yang lainnya serta
membodoh-bodoh dan merendahkan
mereka, maka hal ini merupakan
kesombongan yang paling besar.
Tidak akan masuk syurga orang yang
di dalam hatinya terdapat
kesombongan walaupun hanya
sebesar dzarrah (biji sawi). Laa
haula wa laa quwwata illaa
billah.” [3]
7 – Orang yang tidak tenang dan
sentiasa resah-gelisah kerana dunia.
“……. dan sesiapa yang Allah
kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Dia menjadikan dadanya
sesak sempit sesempit-sempitnya,
seolah-olah dia sedang mendaki naik
ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab
kepada orang-orang yang tidak
beriman.” [Surah al-An’aam : ayat
125]
8 – Orang yang menentang ajaran
Islam. Umar ibnu al-Khattab r.a
berkata, “Kita dimuliakan Allah
dengan Islam dan barangsiapa yang
mencari kemuliaan selain dari Islam,
maka dia akan dihinakan.” [Ibnu
Abdil Birr dalam kitab Al-Mujalasah
wa Jawahiril Ilmi, juz II, hlm 273]
“Dan tidaklah layak bagi orang yang
beriman sama ada lelaki atau
perempuan, apabila telah ditetapkan
oleh Allah S.w.t dan RasulNya akan
sesuatu perkara, bahawa dia
membuat pilihan yang lain selain
dari apa yang telah ditetapkan oleh
Allah dan RasulNya. Barangsiapa
yang mengingkari Allah dan
RasulNya maka sesungguhnya dia
telah sesat dengan suatu kesesatan
yang nyata.” [Surah al-Ahzab : ayat
36]
“Dan hendaklah engkau menjalankan
hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah
dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa         nafsu mereka, dan
berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh
Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima
hukum Allah itu), maka ketahuilah,
hanyasanya Allah mahu menyeksa
mereka dengan sebab sebahagian
dari dosa-dosa mereka; dan
sesungguhnya kebanyakan dari umat
manusia itu adalah orang-orang
yang fasiq.” [Surah Al-Ma’idah : ayat
49]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar